Daftar Pemandu Big Blue - Bigblue Driver Registration Online

Big Blue merupakan salah satu ehailing yang pesat berkembang di mana daftar pemandu Big Blue - Bigblue driver registration telah menerima permohonan pendaftaran Big Blue yang banyak sejak di lancarkan. Aplikasi Big Blue merupakan pada asalkan di buka kepada pemandu teksi Big Blue sahaja tetapi kini telah di buka untuk kereta biasa menjadi driver Big Blue. Rebutlah peluang ini kerana Big Blue telah lama berada di pasaran Malaysia dan yang penting Big Blue hanya mengambil 10% sahaja setiap job yang driver Big Blue siapkan.

Daftar driver Big Blue ini mudah sahaja, dengan syarat anda mematuhi syarat untuk daftar pemandu Big Blue dan ada semua dokumen yang di perlukan terutamanya lesen PSV. Cara buat psv telah kami sebelum ini, malah bagi pemandu Grab anda boleh buat psv dengan Grab dengan kos rm80 sahaja dan gunakan psv tersebut untuk mohon EVP dengan syarikat ehailing yang lain - tak salah.

driver big blue
Contoh job Big Blue


Syarat Daftar Big Blue

Apakah syarat untuk daftar driver Big Blue menggunakan kereta biasa ( bukan teksi ):

1. Mesti ada PSV - PSV buat sekali sahaja dan boleh di gunakan di mana-mana syarikat ehailing menggunakan psv yang sama.
2. Umur pemandu 21 tahun ke atas - sebab untuk mengambil lesen PSV umur mesti 21 dan ke atas.
3. Lesen Penuh sahaja - Lesen P tak layak
4. Kereta di buat min tahun 2009 sahaja - lagi baru lagi bagus. Kereta tahun 2016 dan ke bawah kena bawa untuk pemeriksaan di Puspakom seperti kebanyak ehailing lain.
5. Warganegara Malaysia sahaja - IC merah tak layak

Harap anda boleh faham syarat daftar driver Big Blue.

Dokumen Daftar Pemandu Big Blue


Sebelum anda download app Big Blue, pastikan anda telah sediakan gambar dokumen-dokumen untuk daftar Big Blue / Big Blue registration seperti di bawah:

1. Gambar depan IC
2. Gambar depan lesen memandu
3. Gambar profile/selfie anda
4. Gambar depan dan belakang psv
5. Gambar depan kereta anda
6. Gambar cover note insuran yang ada nama anda/all driver/any authorised driver (klik untuk tengok contoh)
7. Gambar geran
8. Sijil Puspakom ( untuk kereta 2016 dan ke bawah sahaja )

Ok, sediakan dulu gambar dokumen seperti di atas sebelum memulakan proses daftar driver ikut app Big Blue kerana jika anda sudah mula isi online melalui aplikasi Big Blue, anda tidak boleh berhenti separuh jalan. Anda kena siapkan hingga ke dokumen terakhir. Jika anda berhenti separuh jalan, untuk sambung balik pada masa lain, no phone anda sudah ada dalam sistem. Tak boleh key in no phone sama dua kali di dalam app Big Blue.

Cara Daftar Driver Big Blue - Bigblue Registration


Bigblue driver registration


Bagaimanakah cara untuk daftar pemandu Big Blue Online? Di bawah ialah langkah-langkah daftar Big Blue yang anda kena buat - senang sahaja :

1. Download app Big Blue Taxi Driver ke telefon anda:
Andriod ;
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.dispatchbigblue.driver
IOS
https://apps.apple.com/my/app/bigbluedriver/id1464497477

2. Top up wallet rm60
Cara top up ialah dengan top up melalui aplikasi Big Blue sebanyak rm60 dan jangan lupa prinsktin bukti pembayaran.



aplikasi big blue
Contoh bayaran top up Big Blue


3. Wallet akaun Big Blue
Selepas daftar di app Big Blue dan top up melalui aplikasi Big Blue sebanyak rm60 untuk topup wallet, sila berikan info anda untuk pengaktifan akaun driver Big Blue anda:

Nama:
No IC:
Plate kereta:
Email :
Gambar top up rm60

Sila whatsapp butiran diri pendaftaran pemandu Big Blue dan gambar top up anda ke:

[+] Wallet App Big Blue (klik sini) - Penting!
[+] Wallet App Big Blue (klik sini) - Penting!

4. Anda di jemput ke:

[+] Group Facebook Big Blue Driver Community Malaysia (klik sini )
[+] Group Whatsapp Big Blue Driver (klik sini)

Untuk menerima tip pemandu Big Blue, sila like page Big Blue Malaysia
[+] Tip Big Blue Malaysia (klik sini)

Terima kasih kerana minat anda kepada Big Blue. Kami berharap info yang kami berikan dapat membantu anda dan seterusnya menambah pendapatan anda setiap hari kerana kami mempunyai banyak pengalaman dan sudah lama bertapak di dalam industri. Sedikit masa lagi, kami akan menaikkan banner-banner untuk promosi besar-besaran kepada rider dan driver.

Jadilah yang terawal bersama Big Blue kerana kami yakin kami dapat memberikan yang terbaik untuk anda sekeluarga.


bigblue driver registration
Banner Big Blue telah di naikkan untuk menarik penumpang



Ulasan

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. SILA TINGGALKAN KOMEN ANDA DI SINI :)

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  4. BigBlue New Discount: The BigBlue New 2022 promotional sale is coming to a finish with three days left. This yr’s BigBlue promotional sale supplied Christmas particular coupon code: MDSHARIFUL to must-have objects from the BigBlue model. However, there are simply 5 (5) merchandise types in the model occurring for low costs, and in addition, there is a coupon code for slashed costs.

    BalasPadam

Catat Ulasan