Daftar Big Blue perlu PSV ke?

PSV perlu ke untuk daftar Big Blue? Ya, sudah pasti perlu untuk daftar Big Blue. Sekarang mana-mana yang tak ada psv memang tak laku sebab psv telah di wajibkan oleh kerajaan untuk jadi pemandu ehailing termasuk pemandu big blue. Tanpa psv, anda salah jika membawa pelanggan malah applikasi big blue anda tak boleh di aktifkan.


daftar big blue psv puspakom


PSV boleh buat kat sekolah memandu seluruh negara. Bayaran psv sekitar rm150-rm250 bergantung kepada sekolah memandu. Cari lah sekolah memandu yang murah. Sekarang q panjang  untuk buat psv kerana ramai yang buat last minit.

Public Service Vehicle (PSV)


Apakah proses buat psv e-hailing? Kena hadiri kelas selama 6 jam di sekolah memandu untuk belajar teori dan kemudian kena duduki exam objektif selama sejama. Ada 60 soalan, mesti betul min 48 soalan.

Selepas itu boru boleh dapat lesen psv ehailing. Sama macam big blue juga, lesen psv diperlukan untuk jadi pemandu big blue. Big blue tak akan terima driver yang tiada psv sebab ini ialah syarat daripada kerajaan yang mewajibkan driver big blue ada psv.

Sebelum ini hanya teksi sahaja yang ada lesen psv dan driver ehailing tak perlu psv. Kuat kuasa 12 Oktober 2019, pemandu ehailing termasuk pemandu big blue mesti ada lesen psv.

Ulasan